pencarianharta karun di hentikan
MELAKA: Sejak kebelakangan ini, nama Pulau Nangka tiba-tiba menjadi popular dan sebutan ramai. Tiada siapa menyangka, pulau yang dinamakan berdasarkan bentuk fizikalnya seperti buah nangka itu ada satu rahsia besar.
Pulau kecil tidak berpenghuni dengan keluasan kira-kira 20 hektar, terletak kira-kira 17 kilometer dari kawasan pantai serta empat kilometer dari Pulau Besar, berhampiran Umbai dikatakan menyimpan 1,001 rahsia tersendiri yang belum terungkai sehingga kini.
Rahsia berkenaan adalah harta karun dipercayai milik sultan terakhir Melaka, Sultan Mahmud Shah yang dikatakan ditanam di pulau itu dengan nilainya dianggarkan berbilion ringgit.
Mengikut sejarah, Sultan Mahmud dikatakan menanam sebahagian hartanya berupa wang emas, pakaian dan jongkong di pulau itu ketika penjajahan Portugis pada tahun 1511, manakala sebahagian lagi dibawanya bersama.
Pulau Nangka diwartakan sebagai milik Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) pada tahun 1997 dikelilingi kira-kira 10 pulau kecil yang tidak dihuni, kecuali Pulau Besar dan Pulau Undan.
Di tengah Pulau Nangka ini pula terdapat sebuah bukit dengan ketinggian sekitar kira-kira 50 meter dari paras laut, manakala di puncak bukit itu pula terdapat banyak tumbuhan renek, pokok besar, makam lama dan pelbagai lagi tinggalan sejarah.
Terdapat juga makam pahlawan di sekitar lereng bukit itu yang menghadap ke arah laut. Namun, tidak dapat dipastikan makam siapa ia sebenarnya.
Namun, pendedahan media sejak tahun lalu mengenai pencarian harta karun menarik lebih perhatian apabila kerajaan Melaka melantik sebuah syarikat, Smart Partnership International Sdn Bhd bagi mengkaji dan mengeluarkan harta dipercayai masih tertanam di pulau itu.
Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron sendiri mendedahkan usaha mencari harta karun itu sebenarnya sudah bermula secara senyap sejak kira-kira 30 tahun lalu.
"Emas yang ada di situ bukan berbentuk jongkong, tetapi berbentuk seperti timun. Sebelum ini, ada individu yang sudah berjaya menembusi tempat itu. Tapi, apabila mereka pegang emas untuk bawa keluar, kaki mereka tidak boleh melangkah. Apabila diletakkan kembali emas itu, barulah mereka boleh melangkah semula," katanya.
Sementara itu, Pengurus Besar PERZIM, Datuk Khamis Abas, mengulas perkembangan terkini berkata, segala kerja pencarian harta karun kini sudah dihentikan.
0 Komentar:
Posting Komentar
Berlangganan Posting Komentar [Atom]
<< Beranda