Senin, 16 Maret 2015

Tingkat kerja sama bantu mangsa banjir - Sultan Kelantan

Tingkat kerja sama bantu mangsa banjir - Sultan Kelantan

KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mahu kerjasama antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan dipertingkatkan bagi membina rumah kekal kepada mangsa banjir yang kehilangan tempat tinggal akibat bencana luar biasa, Disember lepas.
Baginda berharap pembinaan rumah kekal dapat disiapkan dalam kadar yang sesuai supaya kehidupan mangsa banjir dapat kembali normal.
"Beta berharap kerajaan negeri dapat memastikan rumah-rumah tersebut dibina di atas tanah bersesuaian, mematuhi peraturan dan undang-undang," titah baginda ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Kelantan Ke-13 di Kompleks Kota Darulnaim di sini, hari ini.
Mengikut rekod Jawatankuasa Bersama Banjir Negeri Kelantan, sebanyak 1,827 rumah musnah sepenuhnya akibat bencana banjir di negeri ini.

0 Komentar:

Posting Komentar

Berlangganan Posting Komentar [Atom]

<< Beranda